PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Jawatankuasa Penolong Kanan HEM diwujudkan apabila didapati bahawa beban tugas pengurusan sekolah yang dipikul oleh Pengetua dengan dibantu oleh Penolong Kanan (Pentadbiran) sudah bertambah dan menjadi lebih rumit.
Sehubungan dengan itu, jawatan Penolong Kanan HEM diwujudkan dan beliau diberi tanggungjawab untuk membantu Pengetua menangani hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan HEM.
Dua aspek yang penting dalam bidang ini adalah mengenai keselamatan dan kebajikan murid.
Untuk memastikan murid-murid selamat semasa di bawah pengawasan sekolah maka sekolah perlu memastikan bahawa perkara-perkara berikut dilaksanakan:-
- Memastikan sekolah memiliki semua dokumen undang-undang, peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan.
- Memastikan semua staf sekolah membaca dan memahami semua undang-undang, peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan.
- Memastikan semua undang-undang, peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas dipatuhi oleh semua staf sekolah.
- Memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa semua undang-undang, peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan.
Pelaksanaan di atas akan dapat dicapai dengan tindakan berikut:
- Sekolah memiliki, memahami dan mematuhi kandungan dokumen-dokumen seperti Ordinan Pelajaran 1957; Peraturan Pelajaran; Buku Panduan AM Disiplin Sekolah; Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru; Buku Panduan Bagi Ibubapa Mengenai Disiplin Murid Sekolah; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986: Langkah Meningkatkan Keberkesanan Disiplin Sekolah.
- Sekolah menyedia dan mengedarkan peraturan sekolah kepada semua pihak yang berkaitan.
- Sekolah memperjelaskan undang-undang dan peraturan-peraturan kepada semua ibubapa dan murid.
- Sekolah menyedia dan melaksanakan program-program untuk mempertingkatkan disiplin murid.
- Sekolah mengkaji secara berkala punca salah laku murid dan program pencegahan dan pemulihan.
Kehadiran murid di sekolah juga memerlukan sekolah melihat akan hal-hal mengenai kebajikan murid seperti :
- Bantuan kewangan berbentuk biasiswa.
- Pemakanan seimbang melalui pengurusan kantin yang bijaksana.
- Pinjaman buku teks bagi yang memerlukan.
- Barangan keperluan harian aktiviti di sekolah melalui koperasi sekolah.
- Kesihatan fizikal, mental dan emosi menerusi aktiviti ko-kurikulum.
- Proses sosiolisasi yang mantap dan cemerlang dengan bimbingan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Beginilah besarnya harapan Kementerian Pendidikan dan atas kesedaran bahawa generasi masakini adalah pemimpin masa depan maka warga pendidikan amnya harus menerima cabaran ini.
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami warga SMK Simpang dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
- Meningkatkan kualiti pengurusan kurikulum dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara berkesan melalui sikap bekerjasama, semangat berpasukan dan kreativiti yang menyeluruh.
- Mengukuhkan pengurusan ko-kurikulum dalam membantu mengembangkan kurikulum bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan serta berwawasan selaras dengan kehendak masyarakat dan negara,
- Mengujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
- Sentiasa bermunasabah diri untuk meningkatkan kualiti kerja disamping melakukan anjakan paradigma.
VISI
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SMK Simpang komited untuk menjadikan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SMK Simpang sebagai badan pengurusan Hal Ehwal Murid yang berkualiti di negeri Perak pada tahun 2007.
MISI
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SMK Simpang komited untuk
- Memastikan kebajikan murid diberi perhatian pada tahap kualiti tinggi.
- Memastikan keselamatan murid sentiasa berada dalam keadaan yang terpelihara.
MATLAMAT STRATEGIK JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
Matlamat Strategik Jawatankuasa Hal Ehwal Murid dalam membantuk SMK Simpang mencapai VISI dan MISINYA adalah seperti berikut:-
- Menyediakan perkhidmatan Hal Ehwal Murid yang memenuhi kualiti tinggi Jabatan Pendidikan Negeri.
- Meningkatkan tahap kepatuhan murid kepada peraturan sekolah sehingga mencapai kesalahan berat sifar.
- Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dengan memberikan perhatian kepada kepelbagaian agama dan bangsa melalui penglibatan dalam bidang ko-kurikulum.
BIDANG TUGAS
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti ko-kurikulum dan penerapan nilai-nilai murni.
1. Bidang Tugas
Penolong Kanan HEM berperanan untuk melaksanakan tugas berikut :-
- Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Pengetua.
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
- Bertanggungjawab kepada Pengetua untuk hal-hal Pendidikan Jasmani, Ko-kurikulum, disiplin dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan kewangan, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin dan asrama sekiranya ada.
- Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
- Membantu Pengetua menyelia dan menilai.
- Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. Senarai Tugas
Dalam hal disiplin, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:
- Menentukan penerapan amalan dan nilai yang murni.
- Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
- Menjadi Guru Penasihat Lembaga Pengawas.
- Mengambil tindakan sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
- Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
Dalam hal bimbingan dan kaunseling pula, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling bersama dengan guru kaunseling.
- Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling dan menyediakan laporan yang diperlukan.
- Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.
Dalam hal Program Perlindungan Murid, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:
- Merancang dan menyelaras program pencegah penyalahgunaan dadah dan program-program lain di peringkat sekolah.
- Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
Dalam hal Pentadbiran, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara
berikut :
- Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran.
- Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
- Mengurus pertukaran murid.
- Menyemak Buku Kedatangan murid sidang pagi.
- Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.
- Menyemak Buku/Kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah.
- Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
- Membantu merancang Takwim Sekolah.
Dalam hal Kesihatan, Penolong Kanan HEM berperanan dalam peranan berikut:
- Mengurus kemudahan rawatan murid.
- Memastikan program kesihatan dijalankan dengan sempurna seperti mengurus Kad 001M dan sebagainya.
- Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin.
- Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
Dalam hal buku teks, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:
- Menyelaras hal pengeluaran, pengambilan buku teks dan hapuskira.
- Mengurus kutipan-kutipan data, mengawal stok buku teks dan mengawal Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
- Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan buku teks.
Dalam hal biasiswa dan bantuan, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:
- Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa/bantuan.
- Mengemaskini rekod-rekod biasiswa/bantuan.
- Mengurus tuntutan dan bayaran biasiswa murid.
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
Pengerusi
Puan Hajah Roh Hani bt. Abdul Latif
Timbalan Pengerusi
En. Mohd. Harithuddin b. Satari
Naib Pengerusi 1
Puan Zaiton bt. Yahaya
Naib Pengerusi 2
Pn. Mariam bt. Abu Bakar
Naib Pengerusi 3
En. Abd Bashid b. Harun
Setiausaha
Pn. Norashikin bt. Abd Latif
Buku Pendaftaran
Pn. Rabayah bt. Yahaya |
Kesihatan/Bilik Rawatan
Pn. Rita Naran a/p Naran Singh |
SPBT
En. Mohd. Radzi b. Noh |
Biasiswa
Pn. Norzilla bt. Suhaimi |
Bimbingan & Kaunseling
Pn. Thamil Selvi a/p Sabapathy |
Pendidikan Pencegahan Dadah
Pn. Nor Azwa bt. Md Yusof |
Kantin Sekolah
Cik Noor Zuraidah bt. Razali |
Lembaga Disiplin
En. Mohd Shariff b. Mohd Noor |
Jawatankuasa Surau
Ustazah Fauziah bt. Md Isa |
3K
En. Tan Chong Wan |
Lalulintas
En. Liew Voon Kiong |
Majlis Ketua Tingkatan
En. Zulkefli b. Ibrahim |
Kebajikan Pelajar
Pn. Norain bt. Mohd Marzuki |
PIBG
En. Abdul Malek Abu Bakar |
Briged Komuniti
Pn. Norashikin Abd Latif |
Majalah Sekolah
En. Tan Wooi Chung |
Kepimpinan Pelajar
Badan Pengawas: Pn.Rajaletchimy a/p Kuppusamy
Pembimbing Rakan Sebaya: Pn. Thamil Selvi a/p Sabapathy
Pengawas PSS: En. Zahari b. Yusof |
|